Khamis, 8 Disember 2011

Nak Buat Part Time Job

Puas aku dok nak fikir keje apa yang aku bole buat untuk mengisi masa aku yang tengah xde keje buat masa ini. Yealah aku ni baru ada baby kecil yang x mahu orang lain jaga selain aku berat weii.. nak pe mana-mana pun x leh rengang payah..

Isnin, 7 November 2011

Kueh Seri Muka

Kali pertamanya aku buat Kueh ni. Percubaan kali nampaknya masih memerlukan usaha lagi kerana kueh yang aku buat sedikit lembik di bahagian atas berwarna hijau dan lapisan pulut tak terasa garam sebab aku terlupa nak masokkan garam. Tapi x pe aku x kan berputus asa aku akan cuba sedaya upaya. Insyaallah.. kat si aku snap kan pic kueh itu..


Sei Muka ...


MYLAUNCHPAD

MYLAUNCHPAD

Daging Korban Masjid As-Salam

Daging korban tahun ini, suami tersayang bawa balik dari tempat korban di masjid As-Salam, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Ku ucapkan ribuan terima kasih diatas pemberian ini.


Daging korban

Hari ini aku masak Daging Masak Kicap. Aku dapat resepi ini pun dari jiran aku, Rasanya sedap dan ramuan dia x lah banyak di gunakan. Disini aku kongsikan resepi itu.

Bahan-bahan:-
Daging Lembu
Bawang Merah
Cili Merah
Cili padi (jika suka pedas)
Halia
Serai
Kicap pekat
Minyak
Air Putih

Cara-caranya:-
- Rebus daging sehingga empuk kemudian perapkan dengan kicap selama beberapa jam.
- Gorengkan daging beberapa ketika dan angkat. Air perappan jangan dibuang boleh di gunakan balik.
- Masukkan bahan tumis seperti diatas dan masukkan daging, air perappan dan sedikit air berserta bahan perasa.
- Masak sehingga sebati dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih.
- Selamat mencuba.....

Juadah ini sesuai dihidangkan semasa hari raya, hari lahir atau jamuan. Kanak-kanak gemarkan masakkan ini kerana rasanya taklah pedas sangat dan mudah di sediakan. Ini terbukti anak-anak jiran aku sukakan masakan ini termasuklah anak aku. hehehe...

Hilang da blog lama....

Baru aku buat blog itu arie tapi da hilang...isk..isk..